Friday, May 22, 2009

award dari nymq


1- Copy Award Diatas Untuk Diletakkan Di Blog Anda

saya telah buat itu


2- Nyatakan 5 Fakta Menarik Tentang Si Pemberi Award Ini

- suara dia sedap tapi dia segan nak nyanyi depan saya
- saya kenal dia sebab dia lukis muka saya secara kartun walaupun time tu dia tak pernah jumpa saya lagi
- oh ya, kartun saya tersebut yang dia lukis tu... half-naked, ok~
- dia pernah bagi saya satu buku nota yang penuh berisi lukisan. kira macam buku komik yang dilukiskan sendiri. siap ada watak dan plot semua!
- ini mungkin bukan fakta menarik bagi kamu semua, tapi dia DAN saya DAH GRAD!


3- Setiap Blogger Mestilah Menyatakan 10 7 Fakta Atau Hobi Diri Sendiri

- kalau diberikan peluang, saya berimpian mahu menerbitkan sebuah PRODUK ANIMASI arahan sendiri
- kalau punya wang, saya mahu mencari kerja yang ringan-ringan dan menarik seperti WEDDING PLANNER dan menghabiskan sebahagian besar masa saya dengan menulis
- kalau punya masa, saya mahu mengambil kelas dan menjadi pembuat kek terkemuka (macam NOIN)
- saya dan EMAK saya bercadang mengambil MBA (Master in Business Administration) bersama-sama. oh, kami akan kelihatan sungguh comel bersama
- saya suka mengambil video dan membuat VIDEO SPOOF atau AMATEUR HOME VIDEO sendiri
- saya selalu berangan mahu lihat hasil saya dipublikasikan. tak kiralah novel ke, kumpulan cerpen ke, photobook ke, mahupun PUISI-BERGAMBAR-FORMAT-KOMIK yang saya buat dulu tu
- akhir ini, saya suka tengok seorang ventriloquist/stand-up-comedy yang bernama JEFF DUNHAM. dia sungguh kelakar!


4-Anda Perlu Memilih 10 5 Penerima Award Seterusnya Dan Describe Tentang Mereka

  1. Berg: Ini orang paling penyabar dan paling penyayang saya pernah jumpa!
  2. Apun: Dia punya suara, pemikiran dan jiwa yang lantang. Kalau kamu objek cinta dia, kamu sangat bertuah!
  3. Si Polar Bear Kurus: Seseorang yang saya rindu walaupun tak pernah bertemu, logik?
  4. Uru: Saya tak berapa kenal dia tapi dia suka baca blog saya dan saya suka baca blog dia!
  5. Syud: Kanak-kanak comel ini sangat ceria sepanjang masa!

p/s:
perasan tak saya kansel nombor pada arahan-arahan tersebut dan letak bilangan saya sendiri. ya, saya pedulik apa. ini blog saya!



Thursday, May 21, 2009

getting the answers

getting answers does not necessarily means you will figure out
what to do or how to react
most of the time it would means you will be getting more questions

more questions come with the uncertainty of more answers
either you get the answer you're looking for
or you simply fabricate the answers according to what suits you best

i can't tell whether i want the answers or even the questions
because the answers i can speculate
i'm just not so sure on the questions

stop answering and i would tell you none
stop asking and i would tell you everything



Wednesday, May 20, 2009

want

i've always got what i want
some may saw it as luck and blessing
but most of the time i think it's a curse

it would be a hell lot easier
if i only got what i need
as oppose to what i want

life would not be that much exciting
but it would not be that hard either

less choices, less decisions, less mistakes


angel: it is stupid!
demon: but it's great!

angel: you will regret it!
demon: but you love it now!

angel: it's going to eat yourself alive!
demon: you'll learn to live with it!

angel: it's yet another mistake!
demon: but it's a great mistake!



Tuesday, May 19, 2009

wahyu

Dingin embun yang bersisa mengacah-acah kulitnya. Dia mendongak sekilas, memerhatikan matahari yang membiru ditelan awan. Hairan. Sinar matahari yang makin gemilang itu langsung tidak terkesan padanya hari ini. Mungkinkah hari ini terlalu istimewa sehinggakan dia pun turut dilindung bawah naungan itu? Kalau pun itu mungkin, ada lagi yang lebih berhak dilindung daripada dia. Bukankah sudah hampir enam tahun dia meninggalkan bukan sahaja perayaan ini malah semua yang ada di kampung.

Memang sudah lama Ratna tidak pulang ke lembah kecil itu. Yang dikirimkan hanya khabar berita. Perjalanan pulang ke kampung terlalu sering ditangguhkan saban hari ke bulan sehingga menjelang bertahun lamanya. Semakin terasa kepergiannya bila ada jurang lutsinar di antara dia dan keluarga. Jurang itu tak ternampak dengan mata kasar tapi kehadirannya sangat jelas. Lebih menyentuh hati lagi, panggilan ’kakak’ yang sepatutnya ditujukan kepada dia sebagai kakak yang pertama tidak lagi digunapakai untuknya tetapi digunakan untuk merujuk Kencana, adik perempuannya yang pertama. Dia sendiri dipanggil sebagai Kak Ratna. Terasa jauh dan terpinggir. Gosip kawasan dan cerita rumahtangga yang tidak difahami pun jadi lumrah apabila perempuan itu telah meninggalkan mereka selama ini.

Tapi itu semua tidak terbanding dengan perubahan paling besar yang terpaksa dihadapi seeloknya pulang ke rumah. Rupa-rupanya sepanjang tempoh pemergian Ratna, ibu dan ayahnya memutuskan untuk mengambil anak angkat. Menurut kata Kencana, setiap kali musim perayaan ini berakhir, ibu dan ayah mereka akan menjemput seorang lagi anak kecil yang usianya tidak lebih dari dua tahun ke rumah mereka. Pada perayaaan kali ini pun, ibu dan bapanya merancang untuk mengambil lagi seorang anak angkat. Ratna menarik nafas dalam-dalam dan melepaskan keluhan yang berat. Dia memandang budak perempuan kecil dalam dakapannya.

”Kenapa kamu sangat gemuk?” soalnya sambil mencuit hidung anak kecil itu. Ini adiknya yang paling baru, Rania. Rania hanya berumur sebulan bila dibawa pulang ke rumah. Dia lagi gemuk dari Kejora, yang diambil sebelumnya. Oh tidak, ini bukan lahir dari perasaan yang menjauh. Ratna tidak langsung terasa hati dari kehadiran anak kecil itu. Bayi itu sahaja yang memang sihat-sihat belaka. Umurnya belum pun lagi mencecah dua tahun tapi Ratna sudah terputus-putus nafas mendukungnya.

Ibu berkeras mahukan Ratna juga yang mendukungnya. Kata ibu, ”Kamu jarang di rumah. Ini peluang kamu bermesra dengannya. Takut nanti dia tidak kenal pada kamu,” Ratna setuju saja, ada benar kata ibunya itu. Nasib saja bayi itu tidak banyak meragam, tidak banyak menangis dengannya. Tapi perlukah dia sendiri mengendong bayi itu di sepanjang jalan perayaan? Bukan calang-calang jalan ke kuil utama kampung mereka. Kuil itu terletak jauh di puncak Bukit Tamatha, kerana katanya semua ahli-ahli agama di situ perlukan kesunyian dan masa sendiri. Ratna hanya mengankat bahu dan menurut saja. Sisa-sisa embun menolak kakinya memulakan langkah, meninggalkan keluarganya di belakang.

*****

”Ratna?” sapa satu suara dari celah orang ramai di kiri kanannya. Ratna perlu beberapa saat untuk mengecam wanita berambut pendek yang datang menghampirinya. Wanita itu seakan-akan tersenyum daripada jauh tapi sebaik sahaja jarak di antara mereka berkurangan, Ratna terperasankan air mata yang masih bersisa di kedua mata wanita itu yang lebam membengkak.

”Kak Awani?” Ratna terus sahaja merangkul bahu perempuan itu dan perlakuannya itu membuatkan Rania terumbang-ambing dalam dakapannya, ”Kenapa dengan kakak ni?”

”Akak tak apa-apa. Bila kamu balik? Tak jenguk kakak pun!” Awani menyoal dan menuduh serentak. Ratna membetulkan letak duduk Rania di dalam dakapannya sebelum menjawab semula. Bayi itu sudah mula mencebik muka menunjukkan tanda-tanda mahu meragam.

”Saya baru balik semalam. Balik pun sebab ibu ngan ayah dah mula bising. Mereka paksa juga balik untuk perayaan ni. Padahal saya sibuk sedikit di kota. Kakak macam mana? Abang Dani macam mana?”

Belum lagi sempat Awani membalas pertanyaan yang bertalu-talu itu, Ratna terdengar orang ramai di bahagian kirinya mengaduh kecil. Dia menoleh dan sempat melihat Dani merentas lautan manusia itu dan menolak sesiapa sahaja yang menghalangnya. Urat mukanya semua tegang-tegang belaka seperti menahan marah dan tidak syak lagi dia berjalan terus ke arah Ratna. Ratna kaget. Tidak pernah dia melihatkan abang Daninya begitu marah.

”Kamu pegang dia,” arah Dani kepada Awani lalu menghulurkan seorang anak perempuan kecil yang dikendongnya. Ratna menumpukan perhatiannya pada anak perempuan itu. Rupanya saling tidak tumpah seperti Awani. Mungkin sekali anak mereka berdua. Katanya mereka bernikah lewat tahun lalu.

”Jangan kau dekat pada keluarga aku, Ratna! Jangan kau tunjuk malaikat di sini!” bentak Dani lalu terus mengalihkan perhatian Ratna kepadanya. Hampir tersembul kedua bola matanya.

”Kenapa ni, abang? Saya baru balik sehari. Apa yang saya buat?”

Dalam sekelip mata tangan Dani singgah di pipi kanan Ratna. Serentak dengan itu terdengar tangisan Rania membelah keheningan pagi. Ratna meraba-raba pipinya yang terasa perit. Belum sempat dia membuka mulut, Awani mencelah, ”Dani betul Ratna. Kalau bukan kerana kita membesar bersama, akak pun dah meludah muka kamu sekarang. Pergilah!” Awani merenung Rania dengan mimik muka yang hanya boleh ditafsirkan sebagai jelik dan jijik. Langsung mereka sekeluarga berlalu.

*****

Ratna mendongak, cuba memandang titik tertinggi kuil itu. Pandangannya dipangkas oleh cahaya matahari yang sekarang menggila teriknya. Dia menghirup nafas dalam-dalam, cuba mencari kesan-kesan nostalgia yang hanya hadir setiap kali perayaan ini tiba. Dia masih ingat bau rebus rempah-rempahan yang biasanya mengharumi segenap kuil. Kali ini, tidak ada. Telinga Ratna dipasang lebar-lebar untuk menangkap sebarang irama loceng yang akan dialunkan sebelum upacara bacaan mantera. Tiada. Tidak mungkin pula masa yang dihabiskannya dikota terlalu lama sehingga menghilangkan tradisi agama. Bolehkah upacara agama dikompromi? Salah dia sendiri atau salah mereka?

Seorang sami muda yang berbalut kain hitam di badannya memberikan isyarat kepada Ratna supaya masuk ke ruang sembahyang. Ratna tersenyum lalu mengangguk sedikit dan sami itu kembali menundukkan kepalanya yang tiada seurat rambut pun. Namun sedikit pun dia tidak bergerak malahan Ratna hanya melemparkan pandangannya ke kaki bukit Tamatha itu. Kosong. Nampaknya hanya dia sendiri yang masih belum melangkah masuk ke dalam kuil itu. Entah kenapa hati dan kakinya berat betul untuk melewati Gerbang Emas kebanggaan kampung mereka.

Sami muda itu berdehem-dehem pula langsung memaksa Ratna bergerak juga memasuki kawasan kuil. Lagi pun, Rania dalam dakapannya sudah seperti mahu terlucut. Sudah terlalu lama dikendong bayi gemuk itu. Bayi itu pula seakan-akan faham kegundahan yang beraja di benak Ratna ketika itu. Dia pun turut sama resah dan berpusing ke kiri dan kanan, “Kenapa dengan kamu, sayang?” soal Ratna kepada Rania seraya melepaskan keluhan yang berat. Dia hanya mahu duduk dan terus memanjatkan doa pada Tuhannya. Ratna kira-kira, sudah hampir enam tahun berlalu tanpa pasak agama sehingga dia sudah tidak ingat lagi tentang Tuhannya. Apapun caranya, moga Tuhan sendiri tak pula lupa tentang dia.

*****

“Sami Tua!” Ratna melontarkan suaranya sedikit untuk menangkap perhatian perempuan tua itu. Sambil itu kakinya cepat-cepat melawan arus orang ramai yang sedang beredar keluar dari ruang sembahyang. Seraya sampainya dia di sisi perempuan tua itu, tangannya disambut kemas. Ratna sendiri terkejut pada kekuatan perempuan yang sudah mahu seabad umurnya itu.

“Balik juga kamu, Ratna. Kenapa seperti susah hati saja ni?” soal perempuan yang berkelubung dalam kain hitam itu.

Ratna membiarkan ombak dadanya surut dahulu sebelum menjawab, “Saya punya banyak soalan sebab saya keliru benar dengan upacara bacaan mentera kita tadi. Sami Tua punya waktu?”

Sami Tua merenung mata Ratna dalam-dalam. Mata coklatnya susah betul ditafsirkan. Setelah selang lama berdiam barulah dia membuka mulut, “Tiada sesiapa beritahu pada kamu?”

Ratna menggeleng.

“Orang tua kamu pun tidak beritahu apa-apa?”

Ratna menggeleng-geleng lagi. Mungkin kalau dia tidak terlalu melayan karenah dan ruangnya sendiri semalam, dia sudah lebih mengerti. Tapi sejak dulu lagi, berbual dan bertanyakan pada orang kampung lebih senang berbanding berbicara dengan ibu bapanya sendiri.

“Saya cuma rasa janggal. Mungkin sebab saya dah lama tak balik. Tapi kenapa ayat manteranya semua berubah? Kenapa pujaannya lain? Kenapa Sami Tua dan sami-sami lain berkelubung hitam sedangkan dulu tema warnanya kuning?” Ratna mendesak lagi.

“Kita tunggu hujung hari ini dan kamu boleh tanyakan semuanya pada ibu bapa kamu, ya! Sekarang aku kena pergi. Salam.”

Sami Tua terus berlalu memasuki kamar utama yang didiami oleh semua sami-sami di situ. Pantas pula langkahnya untuk seorang wanita yang berusia. Dia tahu sahaja kamar utama itu kawasan terlarang dan tak mungkin Ratna akan mengejarnya. Ratna terpisat-pisat sendiri dan makin bertambah persoalannya. Baru sahaja dia mahu berlalu dan meninggalkan perkarangan kuil itu, matanya tertancap pada satu kumpulan yang berjalan ke arah kamar utama. Kelihatan Dani dan Awani diiringi oleh dua orang lagi sami berkelubung hitam. Wajah mereka kelihatan sugul dan tidak bermaya.

Ratna mematikan hasratnya untuk keluar dari kuil itu dan terus menukar arah langkahnya secepat mungkin. Namun begitu, dia masih tidak sempat menahan kumpulan sami yang mengiring Dani dan Awani tadi. Mereka lebih dahulu tiba di gerbang kamar utama dan hilang melewatinya. Apabila Ratna pula tiba di situ, gerbang kamar utama itu sudah tertutup rapat dan sami yang berkawal di situ hanya diam dan bermuka bengis.

“Boleh saya jumpa Awani?” soalnya pada sami pengawal itu walaupun dia sudah tahu yang sami tersebut hanya akan menggeleng sekali dan terus berdiam diri. Ratna mengerutkan dahi sambil memikirkan alasan untuk mencuba lagi apabila kedengaran suara ayahnya melaung dari Gerbang Emas kuil mereka.

“Ratna! Pulang!”

Mahu saja dia memprotes besar-besaran apatah lagi dengan nada authoriti ayahnya yang sudah sekian lama dibenci itu tapi kiranya pemberontakan dia tidak akan membuahkan hasil. Lebih-lebih lagi, Dani sudah lama dibenci ayah.

*****

“Ratna, ini adik baru kamu, Damia,” ibu menginjakkan anak kecil itu kepadanya dengan harapan mereka bersalaman. Ratna senang saja menerima salam perkenalan itu tetapi sebaik sahaja dia mengecam wajah anak kecil itu dengan lebih dekat, terus jantungnya seperti terlonjak di dada.

“Bukankah ini anak kepada Kak Awani dan Abang Dani, bu?”

Ibu dan ayahnya saling berpandangan penuh makna sebelum ibu mengarahkan Kencana membawa anak kecil itu ke ruangan atas, untuk bersalin pakaian mungkin.

“Abang Dani dan Kak Awani kamu dijumpai di telaga di belakang kuil selepas upacara tadi,” ayah membuka mulut sebaik sahaja Kencana dan Damia hilang dari pandangan kami.

“Mereka dipercayai membunuh diri,” sambut ibu pula.

Terlongo Ratna mendengarkan perkhabaran itu langsung dia terus tergelak kecil memikirkan mungkin sekali kedua ibu bapanya sudah tahu berjenaka. Tetapi tawanya itu hilang dibawa angin apabila wajah serius ibu bapanya tiada tanda-tanda mahu kendur.

“Tak mungkin, ibu! Ratna nampak mereka selepas perayaan tadi. Kedua-duanya selamat. Mungkinlah mereka nampak seperti punya masalah, tapi Abang Dani dan Kak Awani selamat, bukan?”

“Esok kita akan hadiri upacara pengkebumian mereka. Kamu harus bersedia.”

Mungkin perkhabaran kematian terlalu berat untuk diterimanya begitu atau mungkin juga ketenangan luar biasa ayahnya yang menyebabkan Ratna tiba-tiba seperti hilang akal. Tanpa sedar dia terus bingkas bangun dan menjerit sekuat hati kepada Penghulu Kampung itu.

“Ayah ni tak punya perasaan, ya? Ratna tahu dari dulu lagi ayah memang benci pada Abang Dani, bukan?”

“Ratna... sudahlah tu,” ibunya cuba memujuk tetapi suara itu terdengar hanya sayup-sayup. Ratna terus mencapai baju sejuk dan mengenakannya dengan tangan yang terketar-ketar menahan perasaan. Dia masih tidak percaya bahawa dua orang sahabat sepermainan dari kecil itu sudah tiada.

*****

“Saya mahu jumpa Dani dan Awani!” jerit Ratna dengan suara yang terketar-ketar. Riuh angin dan titis air hujan yang menimpa atap besi kuil itu langsung tidak membantu semangatnya.

“Maaf. Mayat mereka telah disiapkan untuk upacara esok,”sambut sami pengawal siang tadi.

“Tak mungkin. Siang tadi mereka elok-elok saja,” jerit Ratna lagi. Pagar emas itu digoncang-goncangnya sekuat hati, “Buka pagar ni, biar saya tengok mayat mereka!”

Dalam kegelapan malam dan lencun air hujan itu tiba-tiba Ratna merasakan mulutnya ditekup. Serentak dengan itu pandangannya terus kabur. Dia sedar saja tubuhnya ditarik ke belakang dan kedua-dua kakinya yang terus longlai habis sakit dihentak sepanjang seratus anak tangga turun dari kuil besar bukit Tamatha itu.

*****

“Kak Ratna! Bangun!” Ratna tersentak dan terus terduduk apabila pipinya ditampar-tampar begitu. Dalam kekaburan pandangannya dia melihat tubuh Kencana yang sibuk ke sana sini.

“Kenapa ni Kencana? Kita kat mana ni?”

“Kita kat rumah, dalam bilik akak. Kencana tengah kemas barang-barang akak. Akak kena pergi dari sini malam ni jugak!”

“Tapi kenapa? Bukan ke akak dekat kuil tadi?”

Kencana berhenti bergegas dan merenung kakaknya yang kebingungan. Dia melepaskan nafas berat dan langsung duduk di sebelah kakak sulungnya itu.

“Kakak dah tak selamat dalam kampung ini lagi. Orang-orang kuil itu mahu jadikan kakak korban yang seterusnya. Sejak kakak pergi enam tahun lalu, ibu dan ayah serta sami-sami kuil itu semua memperkenalkan satu ajaran baru. Kencana pun tak berapa faham asas ajaran itu tapi yang pasti, setiap kali tiba perayaan ini, satu pasangan lelaki perempuan akan dijadikan korban.”

Kencana menelan air liur dan melarikan bola matanya dari Ratna, “Abang Dani dan Kak Awani jadi pasangan terpilih tahun ini.”

“Apa? Maknanya mereka tak bunuh diri? Dibunuh?”

Kencana bingkas bangun semula dan menarik lagi beberapa barang untuk dimasukkan ke dalam beg.

“Tak mungkinlah tak ada satu pun orang yang tidak setuju dengan ajaran ni, Kencana! Tak ada seorang pun orang kampung berani melawan ayah?”

“Ayah tu Penghulu, kakak. Mana ada orang kampung yang berani melawan dia. Kencana pun tak tahu dari mana ayah dapat ajaran ini tapi selama enam tahun kehilangan kakak, kampung kita aman damai. Tak ada perang, tak ada wabak, tak ada yang tak cukup makan pun. Semuanya baik-baik belaka.”

Kepala Ratna terasa pusing dengan semua yang didengarnya. Entah apa sudah jadi pada tanah halaman itu. Dia cuba memikirkan semula cerita Kencana. Kalau betullah apa yang diberitahu adiknya, maka jelaslah semua yang berlaku sekitar perayaan ini. Namun, rasanya seperti ada lagi yang tidak kena. Ratna memejam matanya rapat-rapat dan meletakkan telapak tangannya ke dahi. Selang seminit kemudian lututnya digerak-gerakkan Kencana.

“Nah kakak. Semua barang kakak Kencana dah letak dalam beg ni. Kakak harus pergi sekarang!”

“Eh?” sesuatu yang tidak kena itu kini muncul jelas di depan mata Ratna, “Kalau Abang Dani dan Kak Awani sudah jadi korban, kenapa akak pula nak dikorbankan?”

Kencana merangkul kakak sulungnya itu kemas-kemas dan berbisik ke telinganya, “Sebab waktu kakak pergi, kampung kita teruk diserang. Perang, wabak dan ribut taufan semua datang serentak. Semua orang kampung percaya kakak yang mulakan semuanya.”

“Bila kakak tinggalkan Abang Adam di malam perkahwinan kamu berdua, dia terus bunuh diri malam itu juga. Sami Tua kata, malang yang melanda kampung kita bertimpa-timpa adalah disebabkan Laknat Pengantin yang diturunkan Abang Adam. Ayah mahu jaga air muka keluarga kita, sebab tulah dia perkenalkan ajaran baru ini.”

“Iyalah. Tapi kenapa mahu korbankan kakak pula?” Ratna meronta rimas dalam pelukan adiknya itu.

“Siang tadi saya terdengar perbualan ayah dan Sami Tua. Mereka percaya punca Laknat Pengantin perlu dijadikan korban sebelum kampung kita ditimpa malang semula.”

*****

“Kencana! Mana kakak kamu?” suara Penghulu memecahkan kesunyian pagi dan menjalar sehingga ke pelusuk rumah itu.

“Kakak sudah pergi! Dan dia bawa Damia bersama.”

Hampir tersembul keluar mata Penghulu mendengarkan berita itu. Rambut Kencana yang penjang mengurai ditariknya, “Kenapa kamu biarkan dia pergi?”

“Aduh! Ayah! Kencana dah cuba tahan dia. Kencana dah cuba yakinkan dia tapi dia berkeras juga!”

“Yang awak degil sangat mahukan Ratna juga tu, kenapa?” terdengar suara isteri Penghulu pula mencelah, “Kencana boleh ganti tempat dia, bukan?”

“Kita perlukan anak pertama untuk dijadikan tubuh Dewi! Bukan sebarangan perempuan. Itu peraturan!”

“Ah! Tradisi dan peraturan boleh diubah-ubah. Awak sepatutnya tahu itu,” isteri Penghulu mengalihkan perhatiannya kepada Kencana, “Kencana! Pergi salin pakaian. Kamu akan dimahkotakan sebagai Dewi malam ini.” Mahu tidak mahu Penghulu terpaksa juga melepaskan genggamannya pada rambut Kencana. Sebaik sahaja dilepaskan, Kencana terus berlalu pergi. Tapi dalam sekilas dia melintas ibunya, sempat juga dia melirikkan senyuman. Ibunya pun tersenyum kembali.



Monday, May 18, 2009

saya tak boleh overdose

saya selalu percaya bahawa kita perlu hidup bersederhana
mungkin kepercayaan saya sedikit terlalu kuat
sampaikan saya berbuat benda-benda di luar kawalan
walaupun saya sebenarnya tidaklah berfikir pasal falsafah ni setiap masa
apapun, seperti segenap benda dalam dunia
ada kebaikan dan keburukan sebenarnya hidup bersederhana ni

keburukan:
  • saya terlalu senang menjadi saya.
  • kadang-kadang saya refuse untuk mengubah atau even memperbaiki diri saya. bukan sebab saya rasa saya sempurna tapi sebab saya suka hidup saya sederhana. tahu, tahu. selalunya akan makan balik diri saya sendiri bila saya degil macam ni.

  • saya rasa saya tidak kompetitif langsung.
  • oleh itu elakkan diri anda daripada menjadi rakan sepasukan saya apatah lagi pesaing. sebab saya 'don't give a damn'. menang ke kalah ke, saya pedulik apa. margin pada menang atau kalah sekarang tidak akan memberikan impak besar dalam hidup saya nanti.

kebaikan:
  • saya terlalu senang menjadi saya
  • so saya tak kesahlah kalau saya ni tak hip or in trend. or tak cukup hot or tak cukup pandai. saya senang menjadi saya walau apa pun orang lain cakap. memang saya tak rasa saya sempurna tapi sederhana adalah cara yang lebih selesa. kalau nak bertanding untuk benda yang bukan-bukan, sampai kiamat pun tak habis.

  • saya tak boleh overdose. langsung.
  • kemungkinan besar tanda-tanda saya pegang kuat sangat kepercayaan hidup kena sederhana ni adalah saya tak reti taksub. sangat tak reti. saya tak mengatakan bahawa seseorang yang taksub itu salah. mereka ada sesuatu untuk dikejar or dibanggakan dalam hidup. baguslah. saya tak ada. itu je.

perkara-perkara yang saya rasa overdose/taksub/overrated
  1. terlalu menyokong sesuatu kumpulan atau kelab bola padahal satu sen pun kita tak dapat kalau diorang menang
  2. terlalu menyokong kumpulan atau pergerakan politik padahal sudah terang nyata diorang tak berapa nak betul (mana ada manusia sempurna)
  3. terlalu banyak lagu-lagu 'african-american' di corong radio padahal bunyinya lebih kurang sama je
  4. terlalu banyak pendedahan pada hobi yang tak semestinya semua orang lain faham
  5. terlalu kononnya in trend walaupun trend-trend tu nampak janggal kat malaysia ni (saper lah yang start pakai sut konon-konon gothic pukul satu tengah hari kat time square?)



Sunday, May 17, 2009

saya pun mahu

ini adalah response kepada kata-kata ayep bahawa mahu membela anjing
sebab saya tiba-tiba teringat yang saya pun nak satu
saya nak yang ini

hari itu siap tengok-tengok harga di kedai lagi
(RM280, hint... hint...)
nasib baik ada beberapa rakan yang waras menahan saya daripada
mengeluarkan duit dan terus membayar pada apek cina tuan punya kedai

kata tuan pemandu
"cemana nak bawak balik wei, memang tak la nak letak i-tu dalam kereta aku"

haish, saya hanya mahu sesuatu yang seronok untuk dibela
kura-kura atau ikan emas tak bawa banyak hasil
satu lembap dan satu lagi tembam
dua-dua macam binatang kurang upaya

pernah dengar teori orang ramai bahawa haiwan peliharaan
akan menyerupai tuan yang memelihara?
hurm...
menyerupai macam mana ye?
kalau bela katak, kulit jadi lembik dan mahir melompat?
kalau bela sesumpah, bersisik dan boleh tukar kaler?
kalau bela zirafah, tinggi dan bertompok?

(kalau bela babi ada kemungkinan kena selsema tak?)

mungkin juga menyerupai dari segi perangai, kan?
kalau saya bela anjing takut nanti masa saya datang bulan
dia pulak yang naik angin
paling tidak pun jadik macam ni

ini adalah rupa anjing yang mengikut penyakit tuannya

SINDROM KEMALASAN KRONIK™

atau mungkin saja anjing ni bosan tengok tuannya
yang nyata pemalas dan tak mahu bergerak kecuali kalau dah lapar yang teramat

haish,
baru ingat bahawa saya adalah pemalas
semua benda di bawah jagaan saya akan self-deteriorate dalam masa seminggu
kansellah nak bela apa-apa
stick to bela diri sendiri dulu dalam musim menganggur ni

saya tinggal lagi 6 hari sahaja lagi sehingga menjadi penganggur tetap!



Thursday, May 14, 2009

my fantasy football team

ini adalah fantasy football team saya. mereka terdiri daripada
  • centre forward - legolas
  • centre forward - selene underworld
  • offensive midfielder - zhang ziyi dlm citer kung fu
  • defensive midfielder - captain jack sparrow
  • side midfielder - doraemon
  • side midfielder - hatake kakashi sensei
  • centre back - jackie chan
  • centre back - jet li
  • full back - lucian underworld
  • full back - wolverine
  • keeper - mr fantastic

ini sub-keeper just in-case keeper ada hal yang lebih terdesak
dan ini pula incik coach tersayang... hehe


p/s: one last step towards graduation~ yeeha!



Wednesday, May 13, 2009

apa saya nak buat kalau dah kawin!

  1. kalau gaduh, mintak maap sebelum tidur walaupun tengah marah lagi
  2. suruh dia sikat rambut saya everytime sebelum tidur
  3. suruh dia sikat rambut saya time saya tengah marah
  4. call time every meal tanya dah makan ke belom
  5. amek gambar kitorang every single day, buat polaroid album
  6. belajar bancuh kopi (sebab saya tak minum kopi)
  7. letak 50sen dalam tabung setiap kali dia cakap dia sayang saya



Tuesday, May 5, 2009

change

"Change is the only element of life which is constant."

change is inevitable
whether it is distinguishable or otherwise
most of the times people close to us
could not explain why we change
hell, sometimes we can't even see the change in ourselves

but change is a must
if in some way you are not agreeing with this
you may have to change the way you're thinking

right now, i am changing
(somehow freaky image of aliens in Species came to mind, erks)
partly changing to my old self
partly finding new ways to be better

reason:
i hope to bind you
not with my smile, neither with my style
i want to be someone versatile
saying things worthwhile
so when you meet me
i would not go into that pile
of non-substantial beings you met in your life



Followers