Friday, October 23, 2009

harap maklum

saya telah berpindah ke sini ....

either or Maybe


terima kasih!


-lela



Saturday, July 4, 2009

tentang saya

  1. saya baru enrol masuk kelas piano
  2. start balik gred 2 sebab dah 10 tahun tak main menda alah itu
  3. kelas saya hari rabu pukul 4 sampai 5 petang
  4. saya dah baca 20 buku since menganggur
  5. saya tak tulis apa-apa lagi since menganggur
  6. saya dah pegi vacation 2 kali since menganggur, sabah dan port dickson
  7. saya dah hitam merah macam red indian
  8. minggu lepas saya diserang allergik sebab asik makan seafood maka down with fever and bintik-bintik merah satu badan
  9. saya refuse untuk carik kerja
  10. sekian!



Thursday, June 4, 2009

saya yang macam tikus jerami

dalam seminggu duduk rumah ni
dah tiga kali saya pegi potong rambut

pada pengakhiran yang ketiga ni,
mak saya kata, 'apsal rambut awak macam katun?'
ayah saya kata, 'apsal awak potong rambut macam jepun?'

kesimpulan,
saya sebenarnya adalah karakter kartun jepun


  1. nama hukum saya bukan Laila tetapi Raira
  2. pada waktu biasa saya hanyalah seorang pelajar sekolah menengah berumur 16tahun
  3. tetapi pada waktu senggang saya adalah seorang pemikir bahasa yang suka menyesatkan orang
  4. mangsa-mangsa saya kebanyakannya terdiri daripada orang-orang yang tak paham bahasa
  5. sailormoon dan doraemon pernah suruh saya bertaubat dan kembali pada jalan yang benar tapi saya bagi mereka satu dua syarat
  6. saya nak satu sungai yang dibuat daripada susu di mana batu-batunya adalah biskut cekelat cip
  7. dan kalau boleh saya nak belajar ilmu ninja dengan kakashi sensei

sekian!




Wednesday, June 3, 2009

choices

korang perasan tak
dalam kebudayaan orang putih or mat salleh
diorang selalu letak botol kecik yang ada garam atau lada hitam (salt & pepper) atas meja
korang perasan tak
dalam kebudayaan kita tak ada

korang perasan lagi tak
dalam kebudayaan orang eropah tu jugak la
diorang kalau buat teh
diorang letak sekali pilihan nak gula atau susu/krimer (sugar&cream)
korang perasan lagi tak
dalam kebudayaan kita pun tak ada

apa maksudnya?

maksud yang saya paham adalah ini
budaya mereka menggalakkan kegemaran peribadi (personal preferences)
sedangkan budaya kita-kita ni suka memaksa
katakan lah kita pegi rumah orang atau orang pegi rumah kita
apa yang terhidang tu, terpaksa je ditelan
tak kisah la kalau kita-kita ni
'lactose intolerant' ke, 'diabetes' ke

dengan ini saya sebagai seorang yang banyak kegemaran peribadi
menyeru kepada semua rakyat dunia
marilah beramai-ramai mempunyai kegemaran peribadi
dan juga marilah menghormati kegemaran peribadi orang lain
dengan menyediakan pilihan kepada mereka
so kalau ada orang mintak garam atau gula lebih tu
tak payahlah terus-terus melenting, ok?



p/s:
i really like myself, so don't force me to be somebody i'm not
=)



Friday, May 22, 2009

award dari nymq


1- Copy Award Diatas Untuk Diletakkan Di Blog Anda

saya telah buat itu


2- Nyatakan 5 Fakta Menarik Tentang Si Pemberi Award Ini

- suara dia sedap tapi dia segan nak nyanyi depan saya
- saya kenal dia sebab dia lukis muka saya secara kartun walaupun time tu dia tak pernah jumpa saya lagi
- oh ya, kartun saya tersebut yang dia lukis tu... half-naked, ok~
- dia pernah bagi saya satu buku nota yang penuh berisi lukisan. kira macam buku komik yang dilukiskan sendiri. siap ada watak dan plot semua!
- ini mungkin bukan fakta menarik bagi kamu semua, tapi dia DAN saya DAH GRAD!


3- Setiap Blogger Mestilah Menyatakan 10 7 Fakta Atau Hobi Diri Sendiri

- kalau diberikan peluang, saya berimpian mahu menerbitkan sebuah PRODUK ANIMASI arahan sendiri
- kalau punya wang, saya mahu mencari kerja yang ringan-ringan dan menarik seperti WEDDING PLANNER dan menghabiskan sebahagian besar masa saya dengan menulis
- kalau punya masa, saya mahu mengambil kelas dan menjadi pembuat kek terkemuka (macam NOIN)
- saya dan EMAK saya bercadang mengambil MBA (Master in Business Administration) bersama-sama. oh, kami akan kelihatan sungguh comel bersama
- saya suka mengambil video dan membuat VIDEO SPOOF atau AMATEUR HOME VIDEO sendiri
- saya selalu berangan mahu lihat hasil saya dipublikasikan. tak kiralah novel ke, kumpulan cerpen ke, photobook ke, mahupun PUISI-BERGAMBAR-FORMAT-KOMIK yang saya buat dulu tu
- akhir ini, saya suka tengok seorang ventriloquist/stand-up-comedy yang bernama JEFF DUNHAM. dia sungguh kelakar!


4-Anda Perlu Memilih 10 5 Penerima Award Seterusnya Dan Describe Tentang Mereka

  1. Berg: Ini orang paling penyabar dan paling penyayang saya pernah jumpa!
  2. Apun: Dia punya suara, pemikiran dan jiwa yang lantang. Kalau kamu objek cinta dia, kamu sangat bertuah!
  3. Si Polar Bear Kurus: Seseorang yang saya rindu walaupun tak pernah bertemu, logik?
  4. Uru: Saya tak berapa kenal dia tapi dia suka baca blog saya dan saya suka baca blog dia!
  5. Syud: Kanak-kanak comel ini sangat ceria sepanjang masa!

p/s:
perasan tak saya kansel nombor pada arahan-arahan tersebut dan letak bilangan saya sendiri. ya, saya pedulik apa. ini blog saya!



Thursday, May 21, 2009

getting the answers

getting answers does not necessarily means you will figure out
what to do or how to react
most of the time it would means you will be getting more questions

more questions come with the uncertainty of more answers
either you get the answer you're looking for
or you simply fabricate the answers according to what suits you best

i can't tell whether i want the answers or even the questions
because the answers i can speculate
i'm just not so sure on the questions

stop answering and i would tell you none
stop asking and i would tell you everything



Wednesday, May 20, 2009

want

i've always got what i want
some may saw it as luck and blessing
but most of the time i think it's a curse

it would be a hell lot easier
if i only got what i need
as oppose to what i want

life would not be that much exciting
but it would not be that hard either

less choices, less decisions, less mistakes


angel: it is stupid!
demon: but it's great!

angel: you will regret it!
demon: but you love it now!

angel: it's going to eat yourself alive!
demon: you'll learn to live with it!

angel: it's yet another mistake!
demon: but it's a great mistake!



Followers