Monday, May 18, 2009

saya tak boleh overdose

saya selalu percaya bahawa kita perlu hidup bersederhana
mungkin kepercayaan saya sedikit terlalu kuat
sampaikan saya berbuat benda-benda di luar kawalan
walaupun saya sebenarnya tidaklah berfikir pasal falsafah ni setiap masa
apapun, seperti segenap benda dalam dunia
ada kebaikan dan keburukan sebenarnya hidup bersederhana ni

keburukan:
  • saya terlalu senang menjadi saya.
  • kadang-kadang saya refuse untuk mengubah atau even memperbaiki diri saya. bukan sebab saya rasa saya sempurna tapi sebab saya suka hidup saya sederhana. tahu, tahu. selalunya akan makan balik diri saya sendiri bila saya degil macam ni.

  • saya rasa saya tidak kompetitif langsung.
  • oleh itu elakkan diri anda daripada menjadi rakan sepasukan saya apatah lagi pesaing. sebab saya 'don't give a damn'. menang ke kalah ke, saya pedulik apa. margin pada menang atau kalah sekarang tidak akan memberikan impak besar dalam hidup saya nanti.

kebaikan:
  • saya terlalu senang menjadi saya
  • so saya tak kesahlah kalau saya ni tak hip or in trend. or tak cukup hot or tak cukup pandai. saya senang menjadi saya walau apa pun orang lain cakap. memang saya tak rasa saya sempurna tapi sederhana adalah cara yang lebih selesa. kalau nak bertanding untuk benda yang bukan-bukan, sampai kiamat pun tak habis.

  • saya tak boleh overdose. langsung.
  • kemungkinan besar tanda-tanda saya pegang kuat sangat kepercayaan hidup kena sederhana ni adalah saya tak reti taksub. sangat tak reti. saya tak mengatakan bahawa seseorang yang taksub itu salah. mereka ada sesuatu untuk dikejar or dibanggakan dalam hidup. baguslah. saya tak ada. itu je.

perkara-perkara yang saya rasa overdose/taksub/overrated
  1. terlalu menyokong sesuatu kumpulan atau kelab bola padahal satu sen pun kita tak dapat kalau diorang menang
  2. terlalu menyokong kumpulan atau pergerakan politik padahal sudah terang nyata diorang tak berapa nak betul (mana ada manusia sempurna)
  3. terlalu banyak lagu-lagu 'african-american' di corong radio padahal bunyinya lebih kurang sama je
  4. terlalu banyak pendedahan pada hobi yang tak semestinya semua orang lain faham
  5. terlalu kononnya in trend walaupun trend-trend tu nampak janggal kat malaysia ni (saper lah yang start pakai sut konon-konon gothic pukul satu tengah hari kat time square?)



4 comments:

Kenangan Lalu said...

sederhana. Simple sudah, life's not complicated, so don't complicate our simple life~


Amermeftah said...

Pada Warrior of the Light, equilibrium diletakkan sebagai virtue yang ketujuh. Tapi equilibrium ialah virtue yang paling powerful. Penggerak segalanya pada aku.

Boleh jadi, fahaman kau (kita?) tentang kesederhanaan tu silap.

Kekurangan atau tak sempurnanya manusia tak menunjukkan dia tak boleh disokong dan tak menunjukkan kebenaran tu tak ujud. At least, pick a side.


Uru said...

overrated?
hahhaa
agree gile :P
pendedahan hobi tuh camne?
xphm r lela


Laila Hanna said...

kepada nymq...
kan, kan, kan, kan~
sederhana sudah...

kepada amer...
apakah?
tak paham! huhu
picking a side is easy enough
but to accept the fact that our side is not always right, is hard

kepada otomen...
pendedahan hobi tu macam kalau duduk ngan jurukamera kat mamak, the whole one hour cakap pasal which camera and which lens

kalau duduk ngan jurumusik kat mamak, the whole one hour cakap pasal this chord and that melody

it's ok kalau u're in the supposed crowd
tp kalau dalam mix crowd yang ada campur-campur orang normal cam saya, bawak-bawaklah bertenang


Post a Comment

Followers